Skip to content

Duphalac® merupakan cecair yang pekat, telus dan tidak berwarna hingga kuning-perang. Ia mengandungi 667g laktulosa bagi setiap 1000 ml dan diambil secara oral.

MAL19921431XZ

Prebiotik berfungsi sebagai sumber makanan untuk probiotik (bakteria baik) untuk berkembang. Kedua-dua prebiotik dan probiotik bekerjasama untuk menyokong kesihatan gastrousus.

Duphalac® merupakan julap osmotik dengan laktulosa yang berfungsi meningkatkan kandungan kolon untuk menggalakkan pergerakan usus dan melegakan sembelit. 

Duphalac ® sesuai untuk:

Bayi

Kanak-kanak

Dewasa

Warga Emas

Boleh juga digunakan oleh:

Ibu mengandung

Ibu menyusu

Pesakit diabetes

Pesakit yang mengalami masalah buah pinggang


Dos bagi merawat sembelit 1

PERMULAAN
untuk 2-3 hari, dos harian*
PENGEKALAN
dos harian*
Dewasa15 – 45 ml15 – 30 ml
7-14 Tahun15 ml10 – 15 ml
1-6 Tahun5 – 10 ml5 – 10 ml
BayiTidak melebihi 5 mlTidak melebihi 5 ml

* Duphalac® boleh diambil sebagai satu dos harian atau dibahagikan kepada dua dos. Dos yang biasanya digunakan untuk sembelit adalah sesuai untuk pesakit diabetes.

Maklumat yang diberikan adalah untuk tujuan pengetahuan dan informasi sahaja. Ia tidak bertujuan menggantikan konsultasi dengan profesional kesihatan. 

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk kepada profesional kesihatan anda.